makcik

Makcik Busuk Hati. Ini Yg Terjadi Dalam Kehidupan Seorang Isteri.

2024-04-20

Makcik Busuk Hati. Ini Yg Terjadi Dalam Kehidupan Seorang Isteri. | KISAH BEST : Setiap pasangan suami isteri tentunya mengimpikan rumah tangga yang dibina bahagia dan harmoni. Namun perkahwinan juga boleh diuji sekiranya ada pihak yang iri hati dengan kebahagiaan kita.

makcik

Begitulah yang dilalui seorang wanita ini, apabila ibu saudara kepada suaminya tidak begitu senang melihat hubungan mereka. Tanpa menjelaskan punca iri hati, ibu saudara itu juga pernah menyuarakan kepada mentuanya untuk mencari calon isteri sebagai pengganti buat suaminya.

IBU MENTUA SAKIT

Menurut wanita tersebut, keadaan semakin parah sejak ibu mentuanya sakit akibat terjatuh di rumah dan perlu mendapat penjagaan rapi.

“Ibu mentua saya jatuh, terlantar baring atas katil. Sementara itu, saya cari seorang pembantu untuk menjaga dia. Orangnya muda dan bergelar janda.

“Satu hari makcik tu datang dengan adik-beradiknya melawat ibu mentua. Apa yang mereka mengata saya, semua pembantu tu sampaikan,” katanya menerusi satu luahan di Facebook.

Menurut wanita itu, ini bukan kali pertama dia menyedari sikap buruk ibu saudara berkenaan kerana ia pernah berlaku beberapa kali sebelum ini.

“Memang makcik dia tak puas hati dengan saya sebab saya menolak ideanya untuk tinggal dengan ibu mentua.

“Dia suruh pembantu tu goda suami saya dan kahwin. Katanya suami saya pun dah ada kereta, rumah,” ujarnya.

Jangan peduli dengan orang-orang toksik ni. Jaga keluarga sendiri sudahlah. Kejadian yang berulang kali berlaku membabitkan ibu saudara suaminya membuatkan wanita itu semakin hilang sabar.

SUDAH LAMA BERSABAR

“Saya dah lama bersabar. Suami macam biasalah. Mahu tak mahu je pertahankan isteri dia kononnya serba salah.

“Yang paling tragis dia boleh fitnah saya macam-macam. Paling parah makcik dia tuduh saya licinkan lantai bagi mak mentua jatuh,” tambahnya.

Terkilan dengan nasib yang menimpanya, wanita itu kini sedang dalam pertimbangan sama ada mahu terus mempertahankan rumah tangga yang dibina atau sebaliknya.

“Sedangkan mak ayah kita pun tak boleh campur hal rumah tangga orang, ini kan pula mak saudara orang lain.

“Saya dah tawar hati nak teruskan perkahwinan, terlalu banyak campur tangan. Saya patut teruskan rumah tangga saya atau sebaliknya,” katanya yang meminta pandangan.

Menerusi ruangan komen, luahan wanita itu ternyata meraih simpati netizen dan pada masa sama membangkitkan kemarahan terhadap sikap buruk ibu saudara kepada si suami.

“Makcik tu atau Tuhan yang tentukan hidup kita? Jangan peduli dengan orang-orang toksik ni. Jaga keluarga sendiri sudahlah.

“Suruh je pembantu tu goda suami makcik tu pula.

“Ada bukti kukuh, saman makcik tu sebagai orang ketiga yang mengganggu rumah tangga kamu. Ajar sikit makcik yang tak sedar diri tu,” komen netizen.

 

Jika anda nak tahu tempat makan best boleh ke website kami : TEMPAT MAKAN BEST

Artikel Lain