Wanita Ini Terkejut Temui Bekas Penagih.| KISAH BEST : Selepas lebih setahun, seorang wanita dipertemukan kembali dengan pemuda yang pernah tular dan mungkin akan dilihat sebagai ‘orang gila’ oleh mereka yang tidak mengenalinya. Pemuda berusia lingkungan 30an bernama Azlan itu merupakan gelandangan dan bekas penagih dadah yang sering dilihat merayau di sekitar bandar di Kuching, Sarawak.
Berkongsi cerita, seorang kaunselor bagi pemulihan penagih dadah, Nadia Muhammad Hazmi berkata dia bertemu dengan Azlan yang juga bekas kliennya sedekad lalu, pada April lalu.
Dalam kunjungannya ke sebuah pasar raya untuk membeli bawang, katanya, pemuda itu dilihat berjalan membawa sebungkus roti kacang merah sambil makan.
“Akak panggil dia, dengan pantas dia menoleh… Eh Puan Nadia, nak roti? sambil menghulur plastik roti di tangannya dengan penuh ikhlas dan tulus. Layari website nalurikini.com untuk membaca tentang kisah-kisah idola.
“Tak apa saya kenyang, awak dah kenapa makan roti je ni tak makan nasi? Tak ada duit puan, roti pun sedap hehe,” kongsi Nadia menerusi satu hantaran di Facebook.
Nadia menghulurkan dua sampul duit raya yang disimpan di dalam begnya ketika itu dan ternyata pemberian tersebut menggembirakan Azlan.
“Terima kasih puan. Eh tapi dua keping ni puan, banyaknya! Dibaginya balik satu lagi sampul lebihan tadi.
“Ala, dua sampul tapi dalam tu duit kecil je. Cukup untuk awak makan nasi dua hari, beli nasi tau!” kata Nadia.
TIDAK PERNAH LUPA
Untuk rekod, pada Februari 2023 pernah menyiarkan kisah Azlan yang bertemu dengan Nadia di luar sebuah kedai serbaneka dan pemuda itu tidak melupakan jasa wanita itu yang membantunya ketika dalam pemulihan. Menurut Nadia, ibu bapa Azlan sudah meninggal dunia dan dia hidup sebatang kara dengan mengharapkan sumbangan dan belas ihsan orang ramai.
Azlan masih seperti dahulu yang dikenalinya ketika dalam pemulihan dan pengawasan, seorang yang periang dan peramah. Momen terbaharu bersama Azlan yang tersenyum girang menerima sampul duit raya dan sambung makan roti, benar-benar menyentuh perasaannya.
Walaupun Azlan hidup dalam ketidakwarasan, namun kata Nadia, insan begitu kadang-kala sangat menghiburkan dan menyenangkan hati.
“Akak kongsi gambar ni, ketika hari raya yang pertama. Akak dan adik Rayhan (anak) terjumpa dia ketika ke farmasi mencari ubat demam campak abang Rayyan.
“Si Azlan menjemput kami ‘beraya’ di kaki lima tempat dia berteduh. Bila diajak selfie, dipanggilnya adik sambil menepuk lantai bersihkan simen di sebelahnya,” ujarnya yang berpengalaman dalam bidang pemulihan narkotik selama 17 tahun.
Azlan kemudian menunjukkan ‘mainan’ baru ciptaannya yang sentiasa berada dalam genggaman.
“Awak dah ada jam baharu Lan? Warna pink lagi tu. Jam jumpa dalam tong sampah, tak ada bateri dah puan… sambil tergelak sendiri,” kata Nadia mengimbas perbualan bersama Azlan.
Menurut Nadia lagi, kisah rakan istimewanya itu membuatkan dia terfikir mengapa dia terus dibiarkan hidup begitu.
“Bukan tiada usaha untuk dia tapi dia lebih bahagia begitu. Adakalanya tak semua orang kita mampu bantu. Tak semua insan kita mampu ubah, mungkin takdir hidupnya sudah tertulis sedemikian. Layari website nalurikini.com untuk membaca tentang kisah-kisah idola.
“Asalkan bahagia Lan. Semoga Allah selalu menjagamu. Masih lagi memanggil ‘puan’, masih sudi menjemput makan, masih tahu bersyukur bila diberi lebihan, masih mempelawa duduk di tempat yang bersih. Baik sungguh budi pekertinya,” kata Nadia,