doktor

Soalan Gadis Hamil Anak Luar Nikah Ini Buat Doktor Sebak.

2024-05-12

Soalan Gadis Hamil Anak Luar Nikah Ini Buat Doktor Sebak. | KISAH BEST : Hubungan antara lelaki dan wanita tanpa menjaga batas akan membawa banyak mudarat. Tular di laman X perkongsian seorang doktor sakit puan mengenai gadis yang hadir ke kliniknya kerana hamil anak luar nikah.

doktor

Menurutnya, gadis yang berumur 20 tahun itu mahu membuka dokumen kesihatan peribadi atau ‘buku pink’ sebagai persediaan menimang cahaya mata. “Sedih sangat, tadi ada seorang gadis datang jumpa saya, dia terlanjur dengan teman lelakinya. Kini sedang sarat mengandung, nampak besar dah perutnya.

 

TERSENTUH HATI

“Perkara yang menyentuh hati saya, gadis ni datang seorang diri dari rumahnya di Segamat, Johor ke klinik saya di Johor Bahru dengan menaiki bas dan e-hailing. Keluarga masih belum tahu tentang apa yang berlaku.

“Perjalanan agak jauh sebenarnya dari Segamat ke Johor Bahru. Cekal hati dia untuk datang sejauh ini tanpa peneman. Saya imbas kandungan guna ultrasound, Alhamdulillah bayinya sihat. Lepas tu saya berbual beberapa perkara dengan gadis tu.

“Mula-mula saya cakap ia satu rezeki, pasangan suami isteri di luar sana ada yang dah mencuba bertahun-tahun tapi tak melekat, awak beberapa kali bersama terus dapat,” ujar doktor itu sebak.

 

SOALAN DOKTOR

Seterusnya doktor itu bertanya kepada gadis tersebut tentang keberadaan teman lelakinya. “Gadis tu cakap teman lelaki orang tempat dia juga, nak kahwin selepas dah beranak. Pasangan dia tak ikut sekali sebab baru lepas gaduh, kiranya tengah merajuk la.

“Saya geleng kepala je, lelaki tu dah mengandungkan anak orang tapi tiada rasa tanggungjawab langsung. Saya tanya gadis tu, pasti ke nak kahwin dengan dia? Mamat ni bakal imam awak dan bakal ayah kepada anak awak.

“Dia terdiam je. Di sinilah masalah utama yang saya nampak dalam masyarakat, kita terlalu fokus untuk didik anak perempuan supaya jaga maruah diri, sampai terlupa untuk ajar anak lelaki supaya menghormati wanita.

Kalau tersilap langkah ketika bercinta, perempuan yang akan menanggung banyak akibatnya.

NASIHAT KEPADA GADIS

“Sebelum kahwin elakkan berhubungan kelamin, tapi sekarang nasi sudah menjadi bubur. Saya nasihatkan gadis tu untuk beritahu mak ayah perkara sebenar, kalau mereka boleh terima, lebih mudah kehidupan selepas ni,” jelas doktor tersebut.

Belum sempat meredakan emosinya, doktor itu diajukan pula dengan soalan daripada gadis tersebut yang membuatkan dia terkedu.

“Sebelum selesai, gadis tu sempat tanya saya, sakit tak bersalin ni kak? Allahuakbar, saya tengok muka gadis ni masih kebudak-budakan lagi, tak sangka soalan tu boleh terpacul keluar dari mulut dia.

“Saya cuba tenangkan dia, saya cakap memang sakit tapi jangan risau, kita ada ubat dan nanti dia boleh sembuh semula. Satu pengajaran untuk kita semua, sentiasa berdoa kepada Tuhan agar dipelihara keturunan anak-anak kita.

Warga maya bertukar pandangan.

“Tanda-tanda kecil akhir zaman apabila zina semakin berleluasa, seperti sudah jadi hal biasa. Semoga dipermudahkan perjalanan kamu selepas ni adik, pasti ada sinar di sebalik apa yang berlaku ni.

“Saya buatkan surat untuk rujuk gadis tu ke hospital atau klinik di Segamat, lebih dekat dan tak perlu ulang-alik jauh buat check-up. Risau kalau nanti terberanak dalam bas ke,” kata doktor itu menutup bicara.

Menjengah ke ruangan ciapan balas, warga maya berpendapat keluarga memainkan peranan penting untuk mengelakkan perkara sedemikian daripada berulang.

“Kasih sayang seorang bapa itu penting terutamanya untuk anak perempuan, kalau sejak kecil sudah ‘kosong’, nanti dah besar risau mereka cari perhatian daripada lelaki yang salah seperti ini.

“Kalau tersilap langkah ketika bercinta, perempuan yang akan menanggung banyak akibatnya. Jantan bebas macam tu je, lelaki seharusnya dipertanggungjawabkan sama seperti wanita,” ulas pelayar.

 

Jika anda nak tahu tempat percutian yang menarik boleh ke website kami : TEMPAT PERCUTIAN

Artikel Lain