Hakim

Kisah Survival Hakim Di Malaysia Yang Buat Ramai Terkejut.

2025-11-10

Hakim


Di saat ramai rakyat Malaysia mengeluh tentang harga nasi lemak RM5 sebungkus. Terutamanya di kawasan bandar seperti Kuala Lumpur, tiba-tiba muncul satu perkongsian yang mengejutkan ramai orang. Seorang lelaki Indonesia bernama Hakim mendakwa dia mampu makan tiga kali sehari dengan bajet RM5 sahaja. Bukan RM50, bukan RM15 tetapi RM5 untuk satu hari.

Perkongsian itu dibuat melalui akaun TikTok miliknya. Di mana Hakim menunjukkan bagaimana dia menyediakan makanan harian dengan menggunakan bahan mentah paling asas dan murah. Menurutnya, dengan seikat sayur, beberapa ketul tauhu, tempe dan sedikit minyak, dia sudah mampu menyediakan hidangan cukup untuk sarapan, makan tengah hari dan makan malam.

Hakim menjelaskan bahawa sebagai “anak perantau”. Seseorang perlu pandai memasak kerana ia jauh lebih menjimatkan berbanding membeli makanan siap. Walaupun hidangan yang dimasak itu kelihatan ringkas. Baginya ia sudah cukup untuk mengalas perut dan meneruskan rutin seharian bekerja di negara orang.

Perkongsian itu mengundang pelbagai reaksi daripada rakyat tempatan. Ramai yang terkejut bagaimana menu sebegitu rendah bajet boleh cukup untuk sehari. Ada yang mengakui tidak pernah terfikir bahawa pekerja asing mampu berjimat sampai ke tahap itu.

Tidak kurang juga yang menasihati Hakim agar menambah lebih banyak protein kerana tubuh badan memerlukan nutrisi lengkap, lebih-lebih lagi bagi mereka yang bekerja berat.

@hakimm_60 Bajet rm5 bisa makan 3x🤩#tkimalaysia🇲🇾🇮🇩 #minivlog #masakansimple #hakim #fyp ♬ rasa ini vierra piano – Lyn 🤍

Namun begitu, ada juga yang melihat realiti lebih besar di sebalik kisah Hakim. Mereka mula memahami bagaimana sebahagian pekerja asing mampu menghantar pulang sebahagian besar gaji mereka ke kampung halaman.

Semua itu kerana gaya hidup mereka yang sangat berjimat dan menu survival ekstrem seperti ini membantu mereka mengurangkan kos harian secara drastik.

Walaupun menu RM5 sehari ini agak mustahil bagi kebanyakan rakyat tempatan, kisah Hakim membuka mata ramai bahawa dengan sedikit kreativiti, kemahiran memasak dan disiplin, kos hidup sebenarnya boleh ditekan hingga ke tahap minimum walaupun tinggal di negara dengan kos sara hidup yang semakin meningkat.

Artikel Lain