Sudah menjadi soalan sejak berzaman lagi. Bagaimana cara pembuatan milo di lori boleh tampil lebih sedap walaupun kita menggunakan produk yang sama di rumah.
Seorang individu telah menyoal perkara itu kepada abang lori yang mengendalikan pembancuhan itu. Yang menariknya abang itu sudi berkongsi rahsia membancuh yang selama ini tersimpan dari orang awam.
Apa yang mencuri perhatian adalah respons awalnya. Yang mendakwa dia sama sekali tidak menggunakan susu atau gula di dalam pembikinan milo gaya lori itu dan mempunyai formula tersendiri.
“Kita buat milo tak de pakai susu, tak de pakai gula. Milo dan air je,” katanya.
Yang menyoal turut meluahkan rasa terperanjat. Mana logiknya tanpa guna pemanis itu boleh menjadikan air milo dari lori terasa begitu bagus seumpama sudah diletakkan manisan.
Dia langsung berkongsi dan meminta lelaki itu untuk mencuba resepi buat milo lori di rumah dan rasai sendiri.
Ini Rahsianya ‘Masukkan serbuk milo sebanyak enam sudu teh bersama air 200ml’, ujar lelaki itu.
@imanbeekunin Akhirnya rahsia milo lori terbongkar !!!!! #lorimilo #fyp ♬ original sound – imanbeekunin
Video itu telah meraih lebih 600,000 jumlah tontonan dan membuatkan ramai teruja dengan pembongkaran rahsia sedap milo versi lori yang selama ini dicari-cari.
Sebahagian netizen berkata mereka sudah mencubanya dan mendakwa berjaya merasai seperti yang terdapat di lori waktu kita sekolah dulu.
Ada benarnya juga mengapa dia tidak menggunakan penambah manisan. Kerana di dalam milo itu sendiri sudah mempunyai gula tersendiri, jadi cukup sekadar meningkat jumlah kepekatan untuk mendapatkan kemanisan yang diinginkan.
Sumber : imannbeekunin








